Tuesday, 29 May 2012

KEJAYAAN DI NANTI-NANTIKAN

Menghadapi apa jua cabaran yang mendatang kita seharusnya sabar dan tabah mengharunginya tanpa mudah berputus asa. Terlalu banyak mengeluh dan memberi alasan juga tidak bagus untuk mencari penyelesaian yang kreatif dan strategik. Kepada newbie dalam arena dunia ebiz perlulah banyak bersabar & pelajari banyak taktik baru. Usah sekadar berharap nak kaya cepat saja. Sebaliknya perlu cepat belajar banyak perkara yang penting dalam soal teknikal.
Mengapa soal teknikal penting ?
Teknikal yang saya maksudkan ialah teknik web development, graphic design, programming, seo vs sem, social media, viral marketing, email marketing, monitoring dan sebagainya. Lagi banyak teknik-teknik ini dipelajari dan diaplikasikan sudah tentu akan menjadikan ebiz kita semakin berdaya saing.
Sebagai contoh, jika seorang newbie buat website sendiri dan berasa seronok kerana ia cantik serta memenuhi citarasa namun ia belum lagi mendatangkan pulangan yang lumayan jika tidak ada conversion rate yang baik. Buat web sudah tentu menelan kos dan kita perlu monetize dengan product/service yang sesuai serta mempunyai kaedah pemasaran yang berkesan sama ada secara percuma ataupun berbayar.
Rahsianya di sini ialah sejauh mana kita mampu menjana keuntungan dengan kos yang rendah. Maka di situlah kita perlukan teknik-teknik yang murah & efisien seperti viral marketing. Saya ada menjelaskan teknik viraIl marketing di dalam pakej Ebookjutawan dengan jelas beserta dengan web application yang digunakan oleh para jutawan siber dunia seperti Mike Filsaime, Frank Kern & seangkatannya.
Keperluan untuk menguasai teknikal sebeginilah yang menjadikan seseorang IM (internet marketer) itu mempunyai kelebihan persaingan (competitive advantage) berbanding orang lain. Saya kalo boleh dalam artikel ini mahu memudahkan dan malas nak explain soal teori-teori semata-mata. Apa yang saya tulis dalam pakej Ebookjutawan merupakan praktikal saya terhadap beberapa teknik yang menguntungkan sehingga hari ini. Jika mahu korek pengalaman saya eloklah saudara-saudari dapatkan pakej tersebut yang telah dihimpun sebaik mungkin. So far ia adalah pakej ebook terbaik saya buat masa ini.
Oleh yang demikian usah mengeluh dan memberi alasan susah nak buat duit dengan Internet. Para newbie perlu mempelajari lebih banyak pengalaman orang lain dan juga diri sendiri. Saya rasa resources dalam bahasa melayu sudah berlambak di Internet. Hanya perlu rajin explore sahaja. Usah kita manja sangat.. mau disuap macam budak kecil pula.. Saya mahu lihat seorang lagi protege saya yang berjaya sptmana Habib yang telah membuktikan semangat kesungguhannya. Apa yang penting attitude positive + pengetahuan teknikal yang baik.
Satu lagi artikel tentang soal disiplin dan produktiviti telah saya post di dalam web rahsiaebiz untuk tatapan semua. Ia juga dapat membantu supaya kita lebih serius dalam ebiz serta mempercepatkan pencapaian kejayaan. Fahami asas perniagaan dengan disiplin yang baik sudah tentu produktiviti kejayaan akan meningkat !
"Success doesn't come to you…you go to it.. ~ Marva Collins

No comments:

Post a Comment